Wednesday, August 6, 2008

Jemputan Ke Karnival Kemahiran JTM Sempena Anugerah MySkills 2008

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) akan mengadakan Karnival Kemahiran bermula pada 15 – 16 Ogos 2008 bertempat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam. Karnival Kemahiran ini akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Karnival Kemahiran ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan latihan kemahiran di samping untuk memperolehi captive audience dan menarik minat belia untuk menjadikan kemahiran sebagai pilihan utama di dalam kerjaya. Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut seperti seminar tenaga pengajar kemahiran kebangsaan, seminar latihan kemahiran kaunselor, job fair, pameran kemahiran, sukan antara institusi kemahiran dan industri dan sebagainya.

Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati untuk menjemput pihak tuan dan kakitangan untuk terlibat serta dalam menjayakan karnival ini. Bersama ini disertakan aturcara karnival kemahiran selama dua (2) hari untuk makluman dan rujukan tuan. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung terus kepada En. Mustal bin Mahmud / Pn. Fadila binti Lazim di talian 019-8605017/ 03-51612622 (samb. 179).

ATURCARA KARNIVAL KEMAHIRAN

Tarikh : 15 Ogos 2008 (Jumaat)

1. ATURCARA SEMINAR TENAGA PENGAJAR KEMAHIRAN KEBANGSAAN

8.00 pagi : Ketibaan peserta
Ketibaan dif-dif jemputan
Ketibaan Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah JTM
Ketibaan Yang Berusaha Ketua Pengarah JTM
9.15 pagi : Perasmian dan seminar bermula
12.30 tengahari : Jamuan makan tengahari

2. ATURCARA ANUGERAH PERTANDINGAN MYSKILLS 2008 & PELANCARAN
KARNIVAL KEMAHIRAN

2.45 petang : Pendaftaran Pemenang
Ketibaan dif-dif jemputan
Ketibaan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia
Ketibaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia
3.10 petang : Ucapan dan Penyampaian hadiah
5.00 petang : Pelancaran Karnival Kemahiran
6.00 petang : Bersurai

3. ATURCARA PAMERAN DAN PERTUNJUKKAN

8.30 pagi : Pameran bermula
Pertunjukkan di bengkel
Pertunjukkan Helikopter
Perunjukkan Aero Modeling
5.00 petang : Pameran ditutup

Tarikh : 16 Ogos 2008 (Sabtu)

1. ATURCARA SEMINAR LATIHAN KEMAHIRAN KAUNSELOR

8.00 pagi : Ketibaan peserta
Ketibaan dif-dif jemputan
Ketibaan Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah JTM
Ketibaan Yang Berusaha Ketua Pengarah JTM
9.15 pagi : Perasmian dan seminar bermula

12.30 tengahari : Jamuan makan tengahari

2. ATURCARA PERTANDINGAN SUKAN ANTARA ILKA DAN INDUSTRI

8.30 pagi : Pendaftaran peserta
9.00 pagi : Pertandingan dimulakan
4.00 petang : Penutup dan Penyampaian hadiah
5.00 petang : Bersurai

3. ATURCARA PAMERAN DAN PERTUNJUKKAN

8.30 pagi : Pameran bermula
Pertunjukkan di bengkel
Pertunjukkan Helikopter
Perunjukkan Aero Modeling
5.00 petang : Pameran ditutup

No comments: